Pages

Showing posts with label Sudut Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Sudut Ilmu. Show all posts

Wednesday, 5 October 2011

Soal Jawab Agama


Dilema Suami dalam Memartabatkan Institusi Kekeluargaan

Isteri Mengandung Diperiksa oleh Doktor Lelaki Kedamaian dan ketenangan hidup merupakan harapan setiap insan. Kemesraan dan kesefahaman antara suami isteri, membuahkan kerinduan yang mendalam.  Jika kebahagiaan itu diganggu dengan duri-duri kehidupan yang menggores jiwa  dan perasaan, secara perlahan kemesraan rumahtangga tersebut menjadi  terhakis. Untuk menetapkan kebahagiaan rumahtangga dari hakisan, hindarilah  sesuatu yang dapat menimbulkan kebimbangan dan keraguan dalam jiwa. 

Soalan:

Ada suatu perkara yang selama ini mengganggu fikiran saya, dan bagi saya ia telah menjadi perkara yang SERIUS. Saya telah mempunyai empat orang anak,  keempat-empat anak saya tersebut lahir melalui perawatan doktor lelaki.  Semenjak dari pemeriksaan hinggalah sampai mereka lahir, doktor lelaki  itulah yang melaksanakannya. Yang menjadi kemusykilan saya apakah  pemeriksaan bulanan ketika mengandung yang dilakukan oleh doktor lelaki  tersebut dengan memegang bahagian-bahagian aurat seperti perut dan  sebagainya dikira sebagai darurat. Sedangkan ketika itu isteri saya bukan  dalam keadaan sakit tapi dalam keadaan normal. Apakah hukumnya jika kita  membiarkan perkara itu terjadi di depan kita sedangkan mungkin kita boleh  mencari alternatif lain seperti mencari doktor pakar wanita ataupun bidan?

Daripada,
Keluarga Muslim K. L.

Jawapan & Penjelasan:

Pada diri wanita ada ciri-ciri atau kriteria yang spesifik dan itu  tidak dimiliki oleh lelaki, begitu pula sebaliknya. Apabila salah satu pihak meninggalkan kriteria yang telah ditetapkan Allah bererti ia telah  meninggalkan fitrah dan merosak kudrat insaniah. Ada beberapa ketentuan dalam syariat Allah sehubungan kriteria yang dimiliki oleh wanita, oleh  sebab itu berpegang teguhlah dengan syariat tersebut dan jangan perkenankan  lelaki campur tangan dalam urusan dalaman jika tidak ingin dirugikan ataupun  kehidupan fizikal dan kejiwaan wanita akan rosak. 

Syariat & Darurat

Secara syariat, wanita muslimah hendaklah menjaga dirinya dan auratnya  dari dilihat orang lain, kerana jika perkara ini terjadi pasti akan menimbulkan fitnah. Secara fitrah baik lelaki ataupun wanita yang bukan  muhrim bersentuhan pasti akan menimbulkan berahi dan getaran jiwa yang akan  mendatangkan tekanan syahwat baik banyak mahupun sedikit. Inilah namanya  nafsu yang pasti ada pada diri seorang lelaki ataupun wanita yang normal.

Wanita mengandung ketika mengadakan pemeriksaan bulanan dengan doktor  lelaki bukanlah tergolong dalam keadaan darurat, kerana ketika itu wanita  tersebut bukan dalam keadaan sakit. Jika ia bukan dalam keadaan darurat  sudah tentu hukumnya berdosa ketika seorang doktor lelaki menyentuh  bahagian-bahagian tertentu tubuh wanita tersebut. Kedudukan darurat dalam  Islam adalah jika sesuatu keadaan itu tidak ada pilihan lain, maka secara  terpaksa atau harus kita melaksanakan sesuatu yang pada dasarnya  bertentangan dengan ketetapan Allah. Umpamanya, memakan daging khinzir  hukumnya haram, namun ketika dalam keadaan tidak ada sedikitpun makanan  melainkan daging itu sahaja, sedangkan kita dalam keadaan kelaparan yang  boleh membawa maut, maka hukumnya menjadi harus memakan daging tersebut  sekadar mengelakkan dari mati.

Pemeriksaan Bulanan

Begitu juga halnya dalam masalah pemeriksaan bulanan, ia bukanlah dalam  keadaan darurat, sebab masih ada cara lain atau alternatif lain untuk  mencari doktor wanita ataupun bidan yang beragama Islam. Apatah lagi di  negara kita sekarang ini mudah didapati doktor wanita, bahkan di hospital  dan klinik kerajaan pun kebanyakan yang memeriksa wanita hamil terdiri dari doktor atau bidan wanita. Mengapa kita mesti mencari doktor lelaki jika  hanya sekadar menginginkan kepakaran mereka disaat mengadakan pemeriksaan bulanan. Bahkan doktor wanita yang pakar sakit puan pun telah ramai di  negara ini. Maka tidak timbullah istilah 'darurat' ketika mengadakan  pemeriksaan bulanan dengan doktor lelaki bagi wanita hamil. Kecualilah  ketika akan melahirkan, di mana wanita yang akan melahirkan tersebut  memerlukan pembedahan dan perhatian yang serius dari ramai pihak. Maka  ketika ini barulah boleh dipakai istilah darurat tersebut, kerana wanita
yang ingin melahirkan itu tidak terfikir masalah lain, melainkan ingin  selamat melahirkan anaknya.

Aspek Psikologi

Ditinjau dari aspek psikologi pun proses pemeriksaan bulanan yang  dilakukan wanita hamil dengan doktor lelaki ini akan menimbulkan kesan yang jauh dan negatif dalam hubungan kekeluargaan. Bayangkan saja bagi seorang  wanita yang selama ini hanya disentuh oleh suaminya, tentu akan merasa suatu  getaran ketika lelaki lain menyentuhi tubuhnya. Rasa kelainan dan getaran inilah yang membenihkan suatu keinginan tertentu kepada yang lain selain  suaminya, lebih-lebih lagi ketika mereka menghadapi masalah atau krisis rumahtangga. Perkara ini sepintas lalu  nampaknya macam perkara biasa dan sederhana, namun dalam jangka masa  panjang, kesannya sangat membahayakan minda dan jiwa isteri tadi serta  suaminya juga. Dalam hal ini bagi doktor lelaki mungkin tidak merasakan  apa-apa perasaan terhadap pesakitnya, disebabkan terlalu ramai pesakit yang  dirawatnya setiap hari dan ini menjadikannya lali dengan keadaan tersebut.  Namun bagi seorang wanita yang normal dan sihat, getaran di jantungnya pasti  akan terasa dan getaran inilah yang dinamakan syahwat.    

Jika perkara ini terjadi bukanlah bererti setiap wanita yang hamil itu  tidak baik atau wanita yang rendah moralnya, malah perkara ini membuktikan  kenormalan wanita tersebut. Dalam hal ini kebijaksanaan suami sangat  dituntut untuk melaksanakan tuntutan Islam agar isterinya mengadakan  pemeriksaan bulanan dengan doktor wanita Islam sahaja. Menggerakkan Nafsu Syahwat

Saya ingin membawa contoh yang sama dalam diri seorang lelaki.  Bagaimanakah rasanya perasaan seorang lelaki jika bahagian tertentu tubuhnya  disentuh oleh doktor wanita dengan nada bahasa yang lemah-lembut dan baik.  Sebagai seorang lelaki yang normal, pasti dia akan merasakan getaran di  jantungnya, kecualilah jika ketika itu ia betul-betul sakit (dalam keadaan  darurat), sehingga tidak ada yang lain difikirkannya melainkan kesembuhan  dari sakitnya itu. Begitu juga halnya dengan doktor wanita yang menyentuh  pesakit lelaki mungkin merasa lali dengan situasi tersebut disebabkan  propesi dan tanggungjawabnya sebagai seorang doktor.

Keretakan Rumahtangga

Fahamilah tentang kaedah batas-batas aurat bagi seorang wanita atau  lelaki yang bukan muhrim. Jika perkara ini tidak diberi perhatian secara  serius, lama kelamaan akan runtuhlah sendi institusi rumahtangga keluarga  muslim. Seandainya seluruh umat Islam tidak mengambil berat tentang perkara  ini, bukan saja institusi rumahtangga malah negara pun akan runtuh kerana  kejatuhan nilai moral dan agama dalam kehidupan bangsa. Peliharalah diri dan  keluarga kita agar kehidupan bahagia di dunia dan di akhirat serta terhindar  dari seksa api neraka.

Peringatan & Amaran Untuk Wanita

PERINGATAN DAN AMARAN UNTUK WANITA

1.       Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2.       Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3.       Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4.       Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis.Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5.       Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6.       Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7.       Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8.       Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya,maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9.       Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki kerumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10.   Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11.   Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12.   Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13.   Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14.   Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15.    Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16.   "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapabanyakpun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17.   "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18.   Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kaliganda seorang lelaki di dalam syurga.

19.   "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

i.                     Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii.                   Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii.                  Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv.                 Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v.                   Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.

20.   Dari Ali bin Abi Talib r.a. : Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-

a.       Orang yang gemuk tapi kurus
b.       Orang yang berpakaian tetapi telanjang 
c.       Orang yang alim tapi jahil 


*Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
*Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
*Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu.Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu,dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik.Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya,matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

21.   Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 

a.       Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b.       Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. 
c.       Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. 
d.       Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e.       Ingat kepada Allah s.w.t. 
f.        Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g.       Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h.       Ingat kepada mati.

Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a.   Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b.       Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c.       Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.  Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d.       Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e.       Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suamiingin masuk. 
f.        Mermasam muka ketika berhadapan dengan suami. 
g.       Minta talak. 
h.       Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. 
i.         Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. 
j.         Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. 
k.       Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disuka oleh suaminya. 


24. Wajib bagi wanita :- 
a.       Mengekalkan malu pada suaminya. 
b.       Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. 
c.       Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d.       Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. 
e.       Berdiri menyambut kedatangannya. 
f.        Berdiri menghantar pemergiannya. 
g.       Hadir bersamanya ketika masuk tidur. 
h.       Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. 
i.         Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. 
j.         Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. 
k.       Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l.         Memuliakan keluarga suaminya. 
m.     Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. 
n.       Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung padaredha atau tidaknya suami padanya.

Nota dari penyusun : 
Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupanseharianuntuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila adasuasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dariAllah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupankita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :- 

1.       Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau. 

2.       Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklah khatam 2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb. 

3.       Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar. 

4.       Mendidik anak secara agama dan sunnah. 

5.       Hidup sederhana. 



6.       Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halamankita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita. 

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Imandan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam. 

Yang baik itu semuanya datang daripada Allah dan segala kesilapan dan yang buruk datang daripada kelemahan dan nafsu saya sendiri. Semoga Allah ampun kesilapan saya ini. Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah.